Khamis, 19 Julai 2012

Di sebalik kalimah-kalimah suci Allah

Disebalik kehidupan kita seharian kita tidak daripada menglami beberapa situasi yang baik mahupun yang sebaliknya. Dan di setiap situasi kita akan diiringi dengan perkataan yang mengambarkan perasaan kita terhadap situasi tersebut. Namun begitu, kita sering alpa ataupun keliru dengan setiap perkataan yang kita lontarkan tidak bersesuaian dengan keadaan dan situasi. Dengan beberapa artikel dan kajian dibuat dan juga kepada blogger yang mengirimkan email dapat kita renungkan dan perbetulkan bersama setiap ayat yang sering kita ucapkan. takut tersalah maksud memberi kesan tidak baik untuk kita. Allahualam....





Khamis, 12 Julai 2012

HARI LIMA (JUMAAT)

Seawal pagi bersantapkan mee goreng dan teh o pok d kantin berhampiran. Terlupa pulak hari ni ada tahlil di surau jkr. segera ku bergegas ke surau. orang lain sudah start aku masi lagi terkial-kial mencari tempat untuk melabuhkan punggung ku yang semakin nipis. aku jarang mengikuti acara2 seperti begini.walaupun tidak ramai yang datang tapi aku dapat rasa suasana nya. kalau pesta keamatan dewan jkr tu ndak muat org.bila ada majlis tahlili berapa kerat jak yang datang.tidak apa la, sekurang-kurangnya masi ada lagi staf2 jkr yang masi mengamalkan cari hidup orang muslim.saya suka sebab saya pun baru belajar.mudahan Allah terus mengekalkan semangat ku untuk terus mendekati majlis-majlis yang menganjurkan kepada keagamaan dan kebajikan.

selesai sahaja majlis tahlil adalah sedikit jamuan untuk para hadirin yang datang. menu dia buli tahan.macam bufet jugak lar..siap ada buah kurma. puasa sdh mau dekat dapat rasa kurma yusuf tayuf lebih awal.hekhekhek..nafsu makan ni besar. kalu boleh semua lauk-pauk atas meja 2 aku mau santap, tapi ambik sikit jak la, tp pelbagai.hahah.Alhamdulillah, syukur diberi nikmat makan. kalau la kita ni xda mulut atau tlidah kita xda dapat ka kita merasa nikmat makan itu.ok la jap lagi mau solat sunat jumaat. mau besiap awal pigi masjid negeri.dekat jak sebalh opis jak.jalan kaki ndk smpai 5 minit sampai. ini kali saya mau sampai awal sebab sebelum selalu datang last2 khatib membaca khutbah. kwn ada menegur tidak sah solat sunat jumaat kita kalau kita tidak mendengar khutbah. dan yang lebih meyakin kan aku adalah daripada petikan sebuah hadis tapi saya kurang pasti hadis apa..bunyi nya lebih kurang begini..

Pada hari jumaat Allah s.w.t akan mengutuskan para malaikat untuk turun ke bumi.Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”


Dari penerangan itu jelas yang kita di muliakan pada hari jumaat dan sepatutnya kita patut hadir awal ke masjid sebelum khatib membaca khutbah. maka sapa yang datang lambat ketika imam naik ke mimbar malaikat sudah menutup buku catatannya.kiranya kita tidak ada dalam rekod kehadiran la.rugi la datang hanya untuk solat semata-semata. ibarat kita ikut kursus latihan tp kehadiran tidak direkodkan maka kita tidak layak mendapat sijil...Allahualam..

Khamis, 5 Julai 2012

SOLAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH


Sembahyang pada bahasa ialah beribadat, rahmat dan doa dan pada syarak ialah beberapa perkataan, perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.


فَأَقِيْمُوا الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَوْقُوْتًا


Yang bermaksud : Maka dirikanlah olehmu akan sembahyang sesungguhnya sembahyang itu difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan. (Surah An-Nisa’ : 103)